Sunday, October 24, 2010

sebuah pertemuan

 EPISOD 1


Tiada di jangka tiada di duga, sebuah pertemuan singkat menjadi ikatan...padang basah di hujani air dari langit biru menjadi saksi sepasang mata bertentangan mata yang turun ke hati. Bila hati sudah suka perancangan mula di atur...hari itu suasana amat meriah sekali dengan sorakan, laungan kegembiraan oleh lautan manusia di atas padang yang sambil bermandikan hujan rahmat. Alif merupakan orang yang paling gembira ketika itu kerana pasukan bimbingannya meraih kejuaraan keseluruhan dalam semua acara olahraga. Tiada kata-kata yang dapat di ungkapkan oleh alif ketika pasukannya di nobatkan sebagai juara keseluruhan itu namun dalam meraikan kegembiraan itu, alif terpandang seorang gadis yang mempunyai mata sangat cantik dan amat menarik sekali wajahnya sehinggakan membuat alif terpaku dari kegembiraan.

Hakim menepuk bahu alif yang sedang terleka itu dan mengejutkan alif dari lamunannya itu. alif di bawa ke hadapan oleh hakim untuk meraikan kejayaan pasukan mereka. selepas alif meraikan kejayaannya, alif kembali mencari gadis itu namun tidak lagi  kelihatan pada pandangan matanya. alif mencari di dalam kesesakan lautan manusia itu namun tidak juga kelihatan bayangan gadis misteri itu. setelah agak lama mencari alif  berlari kecil  menuju ke tempat yang terlindung dari hujan. semasa alif berlari menuju ke tempat tersebut, dengan kuasa illahi alif sekali lagi tersempak dengan gadis misteri itu yang sedang berjalan dengan kawannya. Alif memberanikan diri dengan menegur gadis itu bagi memulakan perbualan. alif mula bertanyakan nama gadis itu yang di beri nama cantik...

alif dan cantik bertentangan mata sambil di sirami hujan yang renyai renyai di atas padang. tidak sempat alif untuk berbual panjang dengan cantik, alif telah di panggil oleh kawannya untuk bergambar bersama atlet-atlet mereka yang telah mengerah keringat dan tenaga selama 3 hari di atas padang. alif dan cantik mengukir senyum yang indah ke mata masing-masing sebelum berlalu pergi. akan tetapi sebelum cantik beredar alif sempat mengajak cantik untuk mengikuti program bina semangat yang di anjurkan oleh sebuah jabatan. cantik bersetuju untuk menyertainya setelah alif menerangkan akan lelebihan mengikuti program tersebut.

alif balik kerumah pada petang itu dengan perasaan yang amat gembira sekali kerana dapat berkenalan dengan cantik namun terdapat sedikit kekecewaan pada hati alif kerana alif terlupa untuk meminta no telefon cantik. alif menepuk dahinya sendiri tanda kecewanya itu. alif cuba bertanyakan kepada kawannya yang menguruskan ahli perbarisan untuk petang tadi kerana alif ingin mengambil no telefon cantik jika cantik ada menulis no telefonnya dalam borang senarai ahli perbarisan. yes!yes!yes! alif berjaya mendapatkan no telefon cantik di dalam senarai nama ahli perbarisan. memandangkan program bina semangat itu akan di adakan lebih kurang seminggu lagi, alif cepat-cepat menghubungi kawannya untuk mengisi nama cantik sebagai salah seorang peserta yang mengikuti program bina semangat  di pahang.

malam sebelum pergi ke kem bina semangat, alif dan cantik sekali lagi bertemu di dalam dewan yang di jadikan tempat untuk mengumpulkan semua peserta bagi menyampaikan taklimat kepada semua peserta sebelum pergi ke kem bina semangat pada pagi esok. alif terlibat sebagai fasilitator manakala cantik sebagai peserta. cantik di letakkan di group 3 manakala alif pula sebagai fesi di group 4. ketika taklimat di berikan oleh pengarah program, alif sempat menjeling ke arah cantik yang berada di tepi dinding dewan itu. pengarah program mengarahkan setiap peserta duduk mengikut kumpulan masing-masing bersama fesinya. walaupun mereka kumpulan yang berlainan, namun mata alif selalu memandang cantik membuatkan cantik malu di pandang oleh alif.

Alif bangun dari kumpulannya dan menyerahkan kepada hakim untuk menjaga kumpulannya seketika kerana alif  ingin melawat kumpulan cantik yang berada di tengah dewan itu. alif duduk di sebelah cantik dan memulakan perbualan dengan ahli group cantik sambil berbual dengan cantik. alif mula bertanyakan ahli group cantik dari mana mereka berasal dan sedikit latar belakang mereka. semua ahli group canti memberitahu tempat asal mereka dan latar belakang mereka dan dari situ lah alif mengetahui dari mana cantik berasal dan latar belakang cantik. sebenarnya itulah tujuan utama alif iaitu mahu mengetahui dengan lebih dekat lagi latar belakang cantik tempat asalnya tetapi alif segan untuk bertanyakan terus kepada cantik kerana takut cantik fikir yang bukan-bukan pula padanya jadi alif menggunakan taktik bertanyakan semua ahli group cantik bagi melindungi niat sebenarnya.

 habis taklimat bersama ahli group, peserta di hidangkan jamuan makan oleh pengarah program. alif mengambil makanan dan duduk di sebelah cantik kerana hatinya sudah terpikat pada cantik. alif sudah tidak mempedulikan lagi apa kata kawan-kawannya dengan gurauan-gurauan perli terhadapnya kerana bagi alif pada ketika itu cantik sahaja yang bermain di matanya dan di fikirannya. mereka berbual mesra dan mengenali latar belakang masing-masing dengan lebih dekat lagi. pertemuan singkat pada malam itu memberi kebahagiaan kepada alif yang angau di lamun bayang-bayang cantik. alif sudah tidak sabar lagi untuk menunggu hari esok untuk berjumpa dengan cantik sekali lagi untuk pergi ke kem bina semangat...

keesokkan harinya, selepas solat jumaat alif dan rakan-rakan bergegas ke kampus untuk pergi ke tempat menaiki bas kerana bas mereka sudah sedia menanti di kampus untuk bertolak ke kem bina semangat...jam sudah menunjukkan pukul 3 petang tetapi alif belum sampai lagi ke tempat kampus..semasa dalam perjalanan untuk ke kampus tiba-tiba motor yang alif naiki pancit di tengah jalan...apakah nasib alif??adakah alif sempat naik bas untuk ke kem bina semangat??bagaimana dengan perjuangan cinta alif??   BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment