Saturday, October 23, 2010

Apakah Disleksia?



Secara literal - ia bermaksud kepayahan memahami perkataan atau leksiko - 'words seen, words heard, words spoken, words felt, and above all, words internalised' (Downing and Leong, 1982).
Murid-murid disleksik menghadapi kepayahan spesifik dalam pembelajaran membaca, menulis, mengeja dan mengira. Di antara ciri-ciri yang terdapat pada murid-murid ini ialah:

i. Baik dalam kemahiran pertuturan dan penaakulan
ii. Mempunyai masalah ingatan pandang dan ingatan dengar - lemah ingatan
iii. Masalah dalam susunan urutan huruf dan nombor
iv. Kekeliruan memahami hala kin dan kanan, bawah dan atas
v. Kebalikan huruf-huruf atau nombor tertentu
vi. Perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat
vii. Lemah koordinasi - kekok pergerakan
viii Hasil penulisan yang lemah
ix. Kelajuan menulis yang lambat
x. Ejaan yang lemah

Sungguh pun istilah disleksia bermula dengan profesion perubatan, tetapi British Medical Association telah mengeluarkan nasihat bahawa segala diagnosis dan perawatan disleksia adalah lebih merupakan masalah pendidikan dan psikologikal, bukan berkait dengan perubatan.


Pada umumnya, murid-murid yang tergolong dalam kategori ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Kehilangan segala kemahiran bacaan, sama ada yang dipelajari sebelumnya, atau yang akan dipelajari, disebabkan masalah kerosakan otak.
Ellis (1984) menyenaraikan jenis-jenis disleksia perolehan seperti berikut:
i. Disleksia tumpuan atau disleksia literal
ii. Disleksia pembentukan perkataan atau bacaan huruf demi huruf
iii. Disleksia yang dikaitkan dengan pandangan
iv. Disleksia fonologikal
v. Disleksia langsung atau bacaan tanpa kaitan semantik
vi. Disleksia lahir atau disleksia semantik
vii. Disleksia batin atau disleksia fonemik


2)
Disleksia Perkembangan

Satu keadaan yang dialami oleh murid yang pada dasarnya mempunyai tahap kecerdasan yang baik . Masalah ini dapat dilihat pada defisit dan had pemerosesan maklumat dalam ingatan jangka pendek , sama ada diajukan melalui pandangan atau pendengaran. Dan had kebolehan ini dapat dilihat dalam tugasan yang memerlukan murid-murid mengguna ingatan jangka pendek, seperti membaca dan mengeja.



JENIS - JENIS DISLEKSIA

Terdapat dua pembahagian besar dalam penjenisan masalah disleksia: disleksia pandangan dan disleksia pendengaran

Disleksia Pandangan

Ini merujuk kepada murid-murid yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi, atau mengingat perkataan yang dilihat. Sejauh mana bacaan terjejas adalah bergantung kepada darjah masalah yang dihadapi itu sendiri. Ada yang begitu teruk sehinggakan murid-murid tidak dapat membaca langsung; ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan yang mempunyai sukukata yang banyak sahaja.

Ciri-ciri yang selalu dikaitkan dengan murid-murid disleksik pandangan ialah:

i. Kepayahan diskriminasi pandangan ini menyebabkan kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama (e.g. beg utk bog; snip utk ship)
ii. Kadar pengamatan yang lambat
iii. Kecenderungan kebalikan (e.g. ejaan dig - big)
Iv. Kecenderungan songsang (e.g. ejaan spa - sap)
V. Defisit dalam ingatan pandangan
vi. Lukisan yang rendah mutunya kerana banyak butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa
vii. Kepayahan membuat analisis dan sintesis pandangan
- dapat dilihat dalam kerja-kerja yang memerlukan murid mengaitkan bahagian dengan keseluruahan sesuatu objek itu
viii. Tinggi daya kebolehan dalam aktiviti kemahiran pendengaran
ix. Keutamaan kepada aktiviti pendengaran yang mana
menutup kekurangan dalam aktiviti berkaitan dengan pandang
x. Tidak dapat menjalani latihan permainan sukan yang kompleks.

Disleksia Pendengaran

Dapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi pendengaran ( e.g. membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyl dalam setiap perkataan1 pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam sukukata tertentu) Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam belajar membaca.

Terdapat lima ciri yang selalu dikaitkan dengan murid-murid disleksik pendengaran:

i. Kekecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik

ii. Mempunyai masalah dengan analisis dan sisntesis pendengaran. Ini menyebabkan ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi tertentu; tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan menjadi satu yang lengkap

iii. Tidak dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan - i.e. tidak dapat mengingati bunyi huruf, atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu

iv. Ada kekacauan dalam memahami bunyi secara berurutan - i.e. penyebutan yang tidak betul, atau semasa menulis mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi

v. Dan segi perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran pandangan - ini disebabkan mereka lemah dalam kerja-kerja yang melibatkan ingatan pendengaran, urutan dan diskriminasi pendengaran.

PROSEDUR PENGAJARAN
A. Untuk Murid Disleksik Pandang
Tidak dapat belajar melalui gambaran pandang disebabkan ia tidak dapat mengaitkan perkataan dengan makna. Murid ini tidak dapat mengekalkan imej sesuatu perkataan yang lengkap. Mereka perlu diberikan pendekatan yang berbentuk fonetik dalam pengajaran bacaan. Pendekatan pemulihan yang didapati paling berkesan dengan murid-murid seperti mi ialah yang sama seperti saranan Gillingham dan Stillman (1979) berasaskan kaedah yang diperkenalkan oleh Orton-Gillingham program dalam tahun 1930an.

Ciri penting dalam program Gillingham dan Stillman ialah:
mengajar fonik secara langsung dengan memperkenalkan nama--nama huruf dan bunyi diikuti dengan kemahiran pengadunan huruf dengan bunyi; mengguna teknik kepelbagalan deria yang merangkumi pengajaran melalui pandangan, pendengaran, dan modus kinestetik; dan pendekatan yang menekankan langkah-langkah dan yang paling senang bergerak ke peringkat yang paling sukar . Pada dasarnya pemulihan adalah merangkumi langkah-langkah pengajaran seperti berikut:
I. Ajar bunyi huruf
ii. Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi
iii. Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi
iv. Ajar perkaitan bunyi-huruf
v. Pengadunan bunyi menjadi perkataan yang bermakna
vi. Tunjukkan perkataan dalam kumpulan yang sama
vii. Perkenalkan adunan bunyi dan dua konsonan
viii. Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vokal
ix. Mula dengan ayat, perenggan dan cerita yang senang tetapi menarik













Bagaimana Guru Boleh Menolong Mengurangkan Defisit
Pandangan:
1. Sediakan Bahan Pengajaran Dengan Baik

Rajah / bentuk / nombor mesti kemas; garisan mesti jelas, dan bahan bercetak hendaklah jelas dan disusun dengan baik


2. Imbangan Antara Berbagai Stimulasi Deria
Perlu menentukan sama ada murid akan dapat memperbaiki progres dalam pembelajaran dengan menggunakan pelbagal modus - iaitu dengan mengembelingkan pendengaran dengan penglihatan, atau kombinasi kinestesis dengan pandangan, atau daripada pengurangan penggunaan pendengaran dan sebaliknya lebih penekanan ke atas kinestesis. Perlu menjalankan sesi pengajaran cubajaya bagi menentukan cara yang paling berkesan untuk mencapal matlamat mi.

3. Bentuk Am dan Konfigurasi
Berdasarkan menekankan bahagian bagi dengan cepat menggunakan seperti:
Teori Strauss dan Lehtinen (1947) yang menekankan hubungan antara keseluruhan dengan menentukan sesuatu bentuk dapat dipelajari dengan cepat. Di peringkat awal, murid diajar dengan bentuk pra huruf dan gambar-gambar, seperti :
i. Suaikan gambar dengan rangka lukisan gambar
ii. Suaikan objek dengan rangka
iii. Lukis corak atau bentuk pra huruf
Iv. Sediakan bentuk / angka rajah yang banyak
V. Sediakan banyak latihan-latihan seperti di atas

4. Pengamatan Butiran
Ini merupakan latihan-latihan untuk menjadikan murid-murid menyedari akan butiran-butiran yang terdapat, sama ada luaran atau dalaman, tentang sesuatu bentuk, huruf, dan perkataan. Ini boleh dilakukan melalui:
i. Sediakan lukisan atau corak dalam warna yang berlainan supaya murid dapat memberi perhatian dengan lebih mendalam lagi
ii. Sediakan bentuk yang digunting dengan baik yang dapat dimanupulasikan sebagal ilustrasi persamaan dan perbezaan benda / objek dengan menggerakkan bahagian objek / benda itu dan satu tempat ke satu tempat
iii. Guna anagram dan huruf yang di potong dengan banyak

5. Orientasi Huruf
Murid biasanya dihadapi dengan dua jenis masalah ruangan yang berlainan - i.e. kedudukan dan orientasi. Konsep kedudukan (position) mesti difahami murid sejelas--jelasnya sebelum ia dapat memberi tumpuan kepada kedudukan huruf-huruf.

6. Urutan Pandangan
Murid tidak dapat mengikuti pola tertentu atau mengigati susunan huruf dalam perkataan. Jikalau ketidakupayaan yang dihadapi itu serius, di peringkat awal persekolahan atau pra sekolah , guru hendaklah menggunakan aktiviti-aktiviti yang bukan simbolik dengan banyak. Contoh aktiviti seperti ini ialah menyusun manik berwarna; permainan yang melibatkan murid perlu beratur dalam bentuk tertentu; sediakan bentuk gambar atau rekabentuk; dan buat rantaian kertas, serta berbagai-bagai bentuk latihan lagi, untuk menguatkan kemahiran urutan pandangan.




No comments:

Post a Comment