Sunday, October 24, 2010



AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1.         Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.

2.         Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengendaki makna yang lain -
           
            “bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;

            “guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;

            “jadual waktu” ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;

            “jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;

            “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah;

            “mata pelajaran” ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;

            “mata pelajaran elektif” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan, dan potensi mereka.

            “mata pelajaran tambahan” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

            “mata pelajaran teras” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

            “mata pelajaran wajib” ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6, dan 7, daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
            “Sukatan pelajaran” ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;

            “Sukatan pelajaran yang diluluskan” ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.

3 (1)     Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikanpengetahuan.

  (2)      Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut:

(a)                mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5;
(b)               mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6, dan 7;
(c)                mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8;
(d)               mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
(e)                mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan
(f)                mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatkaan dalam Jadual 10.

(3)             Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

(a)                penyertaan dalam sukan dan permainan
(b)               penyertaan dalam persatuandan, kelab;
(c)                penyertaan dalam badan beruniform; dan
(d)               lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

(4)             Menteri boleh menentukan bahan yang seusai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

(5)             Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu.

(6)             (1)  Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.

(2)  Seseorang guru besar atau pengetau suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa.



(3)       Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/ atau jadual waktu, dalam tempoh 14 hari dari taikh penerimaan notis itu.

(7)             Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya.

(8)             Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahan-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan sertama-merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.

(9)             Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di bawah pearaturan 6, 7, atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dlaam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan., seseorang guru besar atau pengetaua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran,  jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinanya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.

(10)         Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu.

(11)         (1)  Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(2)       Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

(12)         Peraturan-peraturan (Kursus-kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-kaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-kursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan.

No comments:

Post a Comment