Saturday, October 30, 2010

Gunung Ledang...




HARI PERTAMA 29 JANUARI 2010...

Pada hujung bulan januari 2010, pukul 3 petang hari jumaat, satu rombongan daripada UPSI telah bertolak dengan 2 buah bas dan 1 hilux untuk menjalankan misi menawan puncak gunung ledang. Saya merupakan ketua bagi rombongan ini dan telah di bantu oleh afiq yang merupakan exco sukan sama dengan saya...pada petang sebelum pelajar UPSI bertolak ke asahan melaka, hujan turun dengan lebatnya...saya terpaksa meminta pertolongan afiq dan kawan-kawan untuk membantu saya mengawal pergerakan pelajar kerana saya terpaksa bertolak pukul 6 dengan van UPSI kerana saya ada pembentangan di kelas...saya bersama dengan 6 lagi kawan saya dan seorang felo telah pergi pukul 6 ke asahan melaka kerana kami mendaki gunung ledang melalui trek asahan dan bukannya trek lagenda.

bertolak dari UPSI

Lebih kurang pukul 9 malam, afiq menelefon saya bahawa mereka telah sampai di asahan dan akan berjalan kaki ke kaki gunung ledang kerana bas tidak dapat masuk melalui laluan sempit itu. Setelah sampai di kaki gunung ledang, mereka di sambut oleh seorang lelaki yang sudah berumur dan di gelar “atok”. Atok memiliki tubuh yang sasa walaupun telah berumur, berambut putih panjang ke paras bahu, namun yang penting atok seorang yang fleksibel maksudnya atok boleh jadi muda dan boleh jadi tua dalam pertuturan dan pergaulan nya dengan sesiapa sahaja.

setelah penat berjalan menuju ke pondok, peserta berehat seketika

 Pelajar-pelajar UPSI yang dalam keadaan penat kerana melalui perjalanan yang jauh, menarik nafas lega kerana khemah tempat mereka berteduh untuk malam itu telah siap di pasang oleh atok dan anak-anak buahnya yang bertindak sebagai guide kami untuk mendaki gunung ledang pada esok hari. Jam 10.30 malam, saya dan rakan-rakan bersama seorang felo pun sampai lah di kaki gunung ledang yang menempatkan khemah-khemah kami. Apbila sampai, saya membahagikan peserta mengikut kumpulan dan berkenal-kenalan sesama ahli kumpulan...lebih kurang jam 11.30 malam, peserta di beri masa untuk berehat dan tidur...
peserta mendengar taklimat dari saya untuk pembahagian kumpulan


peserta berkenalan dengan ahli kumpulan masing-masing


peserta kumpulan 2

kumpulan 4

peserta kumpulan 1

kumpulan 7


Jam menunjukan pukul 12.30 malam, ketika peserta sedang asyik berehat di dalam dan di luar khemah dan ada yang sedang tidur di dalam khemah, saya dan rakan-rakan sedang asyik berbual di bawah pondok berdekatan dengan khemah peserta. Ketika kami asyik berbual, kami terdengar bunyi bising suara orang berjalan dan bercakap dalam bilangan yang ramai di dalam gelap malam itu dan menuju ke arah kami. Kami terdiam seketika untuk mendengar butir pertuturan yang kami dengar dari suara-suara itu...kemudian kami ternampak bayangan serba hitam berjalan menuju ke arah kami dalam bilangan yang ramai membuat ada antara kami yang ketakutan. Namun setelah makin hampir bayang hitam itu dengan kami, sedikit kelegaan di dalam hati kami kerana kelihatan atok muncul di dalam gelap itu, dan rupa-rupanya sepasukan anggota polis yang berpakaian serba hitam ( PGA ) seramai 50 orang yang lengkap bersenjata rifle mengiringi ketua polis melaka yang ingin  mendaki gunung ledang di dalam kegelapan malam.
Jam 1.00 pagi, atok memberi arahan kepada saya untuk membangunkan semua peserta kerana atok ingin memberi taklimat tentang persiapan dan pantang larang semasa mendaki gunung ledang. saya meniupkan wisel agar semua peserta bangun untuk mendengar taklimat dari atok. Semua peserta bangun dan berkumpul di bawah pondok untuk mendengar taklimat daripada atok. Atok memperkenalkan dirinya kepada semua peserta dan memberitahu tentang perkara yang penting semasa mendaki gunung ledang. kata atok, mendaki gunung ledang ini memerlukan persiapan mental yang kuat kerana banyak laluannya yang agak sukar dan boleh membuatkan seseorang itu mudah mengalah. Menurutnya lagi, sesiapa yang ingin mendaki gunung kinabalu dan gunung tahan, perlulah lulus mendaki gunung ledang dahulu kerana laluannya agak sukar daripada mendaki gunung kinabalu kerana gunung kinabalu laluannya sudah di ubahsuai dan senang untuk mendaki kerana menggunakan tangga.

Semasa kami khusyuk mendengar taklimat daripada atok, kedengaran suara orang bercakap menuju ke arah kami dan rupa-rupanya 3 orang anggota polis turun dari gunung ledang dan katanya tidak larat mendaki kerana treknya sukar dan tinggi menguatkan lagi rasa keinginan kami untuk mengetahui sejauh manakah sukarnya trek gunung ledang asahan ini. Setengah jam kemudian, turun lagi 8 orang anggota polis yang tidak larat mendaki. Jika tengok kepada keadaan fizikal polis-polis tersebut, kelihatan mereka masih muda dan tubuh mereka pun masih mantap-mantap lagi menyebabkan ada antara kami yang luntur semangat dan mengalah untuk mendaki. Namun atok menguatkan semangat peserta dengan katanya, jika anda yakin semua anda boleh buat. Katanya lagi, mendaki itu anda jangan fikirkan tentang puncaknya, anda fikir macam anda bersiar-siar di tepi pantai dan di shopping komplex barulah minda anda tidak tensen. Jika anda selalu fikirkan bila nk sampai, bila nak sampai, mental anda akan cepat stress dan semangat anda akan cepat luntur dan kepenatan akan menghantui diri anda.

HARI KEDUA 30 JANUARI 2010...

pukul 6 pagi, semua peserta bangun untuk mempersiapkan diri masing-masing. Kami mandi air sungai yang sejuk di bawah kaki gunung ledang itu, dan solat subuh berjemaah sebelum kami bersarapan pagi yang di hidangkan oleh atok dan anak-anak buahnya. Selesai bersarapan, saya membahagikan bekalan makanan untuk setiap kumpulan untuk di jadikan sebagai makanan sepanjang berada  di gunung ledang. peserta di bekalkan nasi himpit setiap seorang, serunding daging, maggi, roti dua bungkus dan air mineral dua botol untuk  di makan semasa di gunung ledang. pukul 8 pagi semua peserta melakukan senaman ringan sebelum mendaki. Kumpulan pelajar sebanyak lapan kumpulan dan setiap kumpulan terdapat 10 orang peserta. Saya dan afiq berada di kumpulan 8 iaitu kumpulan terakhir di bantu oleh mizi. Saya mengarahkan seorang felo untuk berada di hadapan sekali sebagai panduan dan jika berlaku apa-apa semasa mendaki orang hadapan akan memberitahu orang yang belakang dan seterusnya. 

melakukan senaman ringan sebelum memulakan pendakian
Jam 8.30 pagi, kami bersiap sedia untuk mendaki dan saya melepaskan kumpulan pertama seramai 10 orang untuk mendaki dan seterusnya. Saya berjalan di belakang sekali bersama-sama dengan afiq dan mizi. Sepanjang perjalanan kami bersembang dan bergurau-gurau dengan ahli kumpulan yang lain dan mengusik antara satu sama lain. Terdapat dua orang felo dalam kumpulan kami iaitu en nasir dan encik suhaimi. Sambil berjalan sempat juga kami pose untuk bergambar..hehe..

Tiba di check point pertama, kelihatan seorang perempuan daripada kumpulan hadapan berhenti kepenatan dan telah di sengat oleh serangga di pipinya. Kami memberinya bedak untuk di sapu di tempat yang kena sengatan serangga itu bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak di pipinya itu. Kami sebagai kumpulan belakang sekali memberinya semangat untuk mendaki dan memberitahunya bahawa awak sudah berjalan agak jauh jadi rugilah kalau awak mengalah. Perempuan ini mempunyai badan yang agak berisi namun dengan kata-kata semangat dari kami dia pun meneruskan perjalanan bersama-sama kami. Kami berjalan perlahan lahan mengikut rentak perempuan itu agar dia tidak berasa penat. Kami mengusik-usik dan bergurau dengannya agar dia gembira dan dapat melupakan kepenatan yang di rasainya itu.

Tiba di check piont kedua, kelihatan pula seorang perempuan yang kepenatan dan mengalami sakit kaki dan paha kerana katanya dia tidak menjalani latihan sebelum mendaki seperti jogging. Kami memberinya semangat dan berjanji tidak akan meninggalkannya sendirian di dalam hutan itu. Kami berjalan perlahan membantunya untuk mendaki. kami berhenti seketika bagi memberinya ruang untuk berehat seketika. Di check point kedua itu juga terdapat satu kawasan lapang dan terdapat sebatang pokok tumbang. Kami bertengek di pokok itu sambil bergambar. Semasa kami berehat di situ, 4 orang anggota polis yang mendaki semalam turun melalui laluan itu dan memberitahu kami yang kami perlu semangat yang tinggi untuk mendaki ke puncak kerana laluannya agak mencabar sehingga dagu berada di lutut. Kami keliru dengan kata-kata polis itu.

berehat di check point 2



menghilangkan penat dengan bergambar..heheeheee
peserta berehat sementara

Kami meneruskan perjalanan semula yang mana kumpulan lain telah jauh meninggalkan kami. Kami berjalan perlahan lahan dan bergilir-gilir membawa beg dua orang pempuan tadi kerana kami tidak mahu menambah bebanan kepadanya yang telah penat itu. Tibanya di check point 3 kami berehat sekali lagi bagi memberi peluang kepada ahli kumpulan yang kepenatan melalui laluan berakar. Laluan di check point 1,2 dan 3 tidak lah sesukar mana pun, namun cabaran mental mula tercabar apabila kami tiba di check point 4 iaitu “lembah beruang”. Kami memberi rehat kepada ahli kumpulan sebelum mendaki lembah beruang ini. Saya dan rakan-rakan kumpulan makan coklat sebagai penambah tenaga kami sebelum meneruskan perjalanan. Coklat amat baik sekali untuk di makan ketika mendaki kerana ianya membekalkan kita tenaga dan mampu menahan kita daripada lapar dan menghilangkan tension. 

di lembah beruang


bergambar seketika bagi menghilangkan penat
 
Cabaran mendaki lembah beruang bermula, ketika mendaki baru lah kami faham kata-kata polis itu tadi yang katanya dagu sampai ke lutut kerana laluanya amat tinggi untuk sampai ke base camp kami iaitu di checkpoint 6. Kami melangkah panjang untuk mendaki dan lutut kami hampir sampai ke dagu ketika melangkah naik.. perempuan yang sakit kaki tadi kami bekalkannya tongkat yang kami buat daripada kayu yang berada di tepi trek. Perempuan itu dengan bersemangat ingin sampai juga ke puncak setelah kata-kata semangat di beri oleh kami. selepas berjalan menggunakan tongkat untuk mendaki, perempuan itu kepenatan namun dia tidak berputus asa, dia ingin juga sampai ke base camp dengan merangkak. Saya berjalan menemaninya sambil memberi semangat kepadanya.

menghilangkan lelah seketika

Tiba di check point 5 iaitu batu berlumut. Di check point ini treknya juga memerlukan seseorang itu mendaki dan bukan trek yang landai. Saya membantu perempuan itu bagi memastikan dia selamat dan di temani oleh en nasir dan en suhaimi dan seorang guide yang di kenali sebagai andak. Andak banyak menceritakan kepada kami tentang atok, kisah hidup atok dan perjuangan atok. Kata andak, atok merupakan seorang yang mencintai alam semulajadi dan suka akan keindahan hutan yang menghijau seperti gunung ledang. menurutnya lagi, atok tinggal seorang diri di di kaki gunung ledang di pondoknya di temani oleh johny haiwan peliharaannya. Semasa mendaki di check point 5, andak memberitahu kami cuba toleh ke belakang dan apabila kami menoleh kelihatan bukit yang kami lalui tadi begitu tinggi dan andak berkata, itu lah laluan kamu semua tadi. Perempuan yang sakit tadi tidak percaya yang dia telah melalui bukit yang tinggi dalam keadaan sakit. Hal ini telah menambahkan lagi semangatnya untuk meneruskan perjalanan.

batu berlumut

 Setelah penat mendaki di check point 4 dan 5, kami hampir tiba ke base camp di check point 6. Kedengaran suara peserta yang sedang berborak di bahagian atas. Kami meneruskan lagi pendakian sehinggalah sampai ke batu hampar iaitu check point 6. Di check point 6 kami perlu mendaki menggunakan tali kerana treknya agak curam dan kami perlu memegang tali untuk mendaki ke base camp. Saya menjerit meminta dua orang peserta dia atas turun ke bawah bagi membantu kami naik ke base camp dan mengankat beg kami naik ke atas kerana kami di nasihatkan oleh andak agar tidak membawa beban yang banyak ketika memanjat batu hampar ini kerana ianya boleh mambahayakan diri kami. dua orang peserta turun untuk mengankat bebanan tambahan kami ini. Dua orang felo kami memanjat batu hampar itu dan di ikuti oleh andak. Selepas itu, giliran perempuan yang sakit tadi untuk memanjat namun saya berada di belakangnya untuk memastikan dia tidak jatuh ke bawah semasa memanjat batu hampar itu. Kami memanjat dengan perlahan-lahan kerana perempuan itu memanjat sambil mata terpejam kerana dia gayat untuk melihat ke bawah. Saya di belakang hanya mampu tersenyum melihat gelagatnya yang kadang-kadang melucukan hati saya. Jam 3.40 petang kami semua selamat sampai ke base camp dengan selamat dan perempuan yang sakit itu kami rehatkannya dan dia berpuas hati kerana tidak percaya yang dia mampu sampai ke base camp itu. 

peserta berehat di base camp sebelum mendaki ke puncak
melelapkan mata seketika

Kami menjamu selera bersama ahli kumpulan dengan memakan nasi himpit dan serunding danging yang saya bekalkan kepada semua peserta. Ketika sedang asyik mengisi perut, tiba-tiba saya mendapat laporan yang 6 orang peserta telah terlajak terus mendaki sampai ke puncak gunung ledang. 6 orang itu merupakan kumpulan pertama yang sampai ke base camp dan mereka tidak mengetahui itu base camp lalu mereka terus kan pendakian mereka sampai ke puncak gunung ledang. saya mula kerisauan kerana bimbang apa-apa berlaku kepada mereka. jam 4.30 petang kami naik ke puncak dalam misi menawan puncak gunung ledang dan misi mencari 6 orang peserta yang terlajak ke hadapan. Namun tidak semua yang ikut mendaki sampai ke puncak lebih kurang 10 orang peserta yang tinggal di base camp bersama 2 orang felo kerana sudah tidak larat lagi untuk mendaki. 

menjamu nasi himpit dan serunding daging ketika di base camp
Peserta berbaris panjang untuk memulakan pendakian ke puncak gunung ledang dan di lepaskan seorang demi seorang dalam jarak yang berdekatan. Lebih kurang 20 mint mendaki untuk ke puncak, kelihatan seorang perempuan india berjalan turun kerana katanya tidak larat untuk mendaki. namun setelah di psiko oleh rakan-rakan dan guide-guide yang berada di belakang, dia kembali bersemangat untuk meneruskan pendakian. Kami mendaki sampai ke bukit runduk yang merupakan check piont 7. Di bukit runduk kelihatan puncak gunung ledang yang agak tinggi dan ada yang mula patah semangat untuk mendaki kerana tidak yakin yang diri mereka mampu untuk mendaki bukit untuk ke puncak gunung ledang itu yang kelihatan agak curam. Saya dan rakan-rakan memberi semangat kepada kawan-kawan dan 2 orang felo perempuan yang mereka mampu untuk mendaki dan kata saya lagi kepada mereka, kita telah mendaki sampai ke tahap ini hanya tinggal 1 check point sahaja lagi untuk kita menawan puncak gunung ledang. dan kenangan itu boleh di kongsikan dengan keluarga kenangan manis ini. Di tambah lagi dengan kata-kata semangat yang di ucapkan oleh rakan-rakan yang lain agar kita sama-sama menawan puncak ini lalu bangkitlah kembali semangat mereka yang lemah tadi kerana kepenatan. Setelah berehat di bukit runduk kami meneruskan perjalanan ke puncak gunung ledang.

di bukit runduk

bersedia untuk bergerak dari bukit runduk ke puncak gunung ledang

Semasa perjalanan ke puncak, kami menjumpai beg pakaian dan beg khemah di tepi trek itu. Beg-beg itu merupakan beg 6 orang peserta tadi yang telajak ke hadapan tadi. Saya dan guide berbincang dan yakin yang mereka telah ke puncak gunung ledang jika mereka mengikut laluan trek ini. Dalam keadaan bimbang, saya mendapat sedikit kelegaan kerana menerima laporan yang terdapat seorang guide ada bersama 6 orang tadi dan dua orang guide yang telah mendaki awal tadi memberitahu yang mereka 6 orang ada di puncak bersama-sama dengan seorang guide. Kami meneruskan pendakian dan tibalah pada cabaran di check point 8 untuk ke puncak.
Untuk ke puncak, kami perlu memanjat tebing yang curam menggunakan tali dan tangga yang telah di ikat oleh atok dengan tali yang kukuh. Ramai yang tidak yakin untuk memanjat tali itu, kerana tebingnya memang curamdan melemahkan semangat sesetengah peserta. Namun setelah di beri kata-kata semangat dan saya meletakkan setiap peserta lelaki yang berpengalaman dan guide di tempat-tempat yang merbahaya, peserta yang lain kembali bersemangat dan berani untuk memanjat tebing berbatu itu menggunakan tali. Saya menunggu di kawan cerunan yang basah di bawah pohon bagi menghalang peserta dari tersesat kerana di kawan itu merupakan tempat bercabang dan bimbang jika ada peserta yang silap haluan. Seorang demi seorang berjaya memanjat tebing curam itu dengan selamat dan akhirnya....KAMI SAMPAI KE PUNCAK GUNUNG LEDANG...

di puncak gunung ledang
 
batu tanda di puncak gunung ledang

 Semasa saya sampai ke puncak gunung ledang itu, saya mencari 6 orang peserta yang terlajak itu tadi dan mendapati mereka dalam keadaan selamat. Syukurlah kami semua selamat sampai ke puncak pada jam 6 petang. Pemandangan di puncak gunung ledang sungguh indah dengan keadaan berkabus dan udara yang nyaman lagi sejuk itu membuatkan kami puas. Keadaanya permukaannya agak landai dan tidak ada penghadang tepi. Kami bergambar beramai-ramai dan menanda tangani buku yang memang terdapat di puncak itu sebagai kenangan bagi mereka yang telah sampai ke puncak gunung ledang itu. Ada antara kami yang berbaring kepenatan di puncak itu, ada yang menikmati keindahan alam, ada yang bergurau dengan rakan-rakan, ada perempuan yang menangis kerana tidak percaya dia boleh sampai ke puncak gunung ledang setelah di beri semangat oleh rakan-rakan...

2 orang peserta berbaring kepenatan di puncak gunung ledang



bergambar kenangan di puncak gunung ledang

”nantikan sambungan perjalanan turun kami yang mencabar dan apa yang berlaku kepada kami semasa di gunung ledang tempat bersejarah dan lagenda itu”....


 

No comments:

Post a Comment