Saturday, October 30, 2010

Sebuah pertemuan


Episod 2

Dalam keadaan yang serba kekalutan, alif berlari menuju ke kampus selepas motor yang di naikinya bersama dengan hakim pancit. Tibanya di kampus, kelihatan bas masih ada...fuhhh nasib baik kita sempat sampai hakim kalau tidak sia-sia je aku berlari tadi..kata alif kepada hakim..mereka menaiki bas yang sama dengan cantik namun alif dan hakim berada di kerusi  hadapan manakala cantik berada di bahagian tengah kerusi bas...
Alif sempat menjeling ke arah cantik yang berada di belakang nya sambil mengukir senyuman kepada cantik..cantik tertunduk malu..lebih kurang 4 jam mereka sampai ke destinasi yang di tujui iaitu kem bina semangat...mereka di sambut oleh pihak kem dan di bawa ke tempat perkhemahan...alif terasa teruja kerana kem tersebut sangat cantik seni binaanya sangat klasik...terdapat sebatang sungai yang jernih mengalir di situ membuat alif tertarik untuk terjun mandi...
Para peserta di bawa menjamu selera untuk makan malam sebelum mereka memulakan aktiviti pada malam itu..mereka sangat bernasib baik kerana pihak kem telah memasang khemah untuk semua peserta...alif makan bersama kawannya sambil matanya asyik memerhatikan gerak geri cantik yang tidak dapat lari dari pandangan matanya...alif cuba untuk berbual dengan cantik tetapi dia segan untuk berbuat demikian kerana kawan-kawannya ramai berada di situ..alif memendam niatnya itu...
Pada malam itu, setiap fesi di letakkan mengikut kumpulan peserta untuk menjalankan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK). Para peserta sedang asyik mengikuti aktiviti yang di tetapkan oleh fesi seperti aktiviti trademark, berbalas pantun antara kumpulan dan bermacam lagi aktiviti yang mengembirakan mereka...alif yang berada di kumpulan lain sempat menjeling jeling ke arah cantik.


No comments:

Post a Comment