Friday, October 22, 2010

1

Definisi dan Konsep

Pendidikan Khas

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyerdari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
(Sumber: Buletin Pendidikan Khas, 1997)





Visi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada murid-murid berkeperluan khas ke
arah kecemerlangan hidup sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi Pendidikan Khas
Menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada murid-murid berkeperluan khas untuk
menjadikan mereka insan yang mampu
berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
6
Apakah Itu Pendidikan Khas?
Merupakan sebahagian daripada Pendidikan Biasa. Pendidikan Biasa.
Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi
(1948) dan Ikrar Masyarakat Sedunia di Persidangan Dunia
mengenai pendidikan untuk semua (1990) menegaskan hak
untuk semua tanpa mengira perbezaan individu.

Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang
khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan muridmurid
khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan
khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan murid.




Definisi Pendidikan Khas
Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan
MEMBENTUK murid melalui
. Perkembangan mental
. Kestabilan emosi
. Integrasi sosial

Dasar Pendidikan Khas
. Akta Pendidikan 1996, Bab 8
. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997
. Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM
. Deklarasi Antarabangsa (Salamanca
Declaration 1994)

Individuals with Disabilities
Education Act (IDEA) (1990)
… memastikan bahawa setiap individu yang berumur
3 – 21 tahun 3 – 21 tahun mempunyai hak untuk mendapatkan
pendidikan yang percuma dan sewajar dengan pendidikan yang percuma dan sewajar dengan
keupayaannya. keupayaannya.

United Nations Standard Rules on the
Equalization of Opportunities for Persons with
Disabilities (1993)
Mengesa negara-negara anggota memastikan bahawa
pendidikan bagi individu-individu kurang upaya
dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan
negara.

Akta Pendidikan (1996)
Maksud Pendidikan Khas Maksud Pendidikan Khas
Suatu program yang disediakan di sekolah khas sekolah khas bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan dan pendengaran.
Suatu program percantuman program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran atau masalah
pembelajaran.
Suatu program pendidikan inklusif pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh hadir di dalam kelas biasa bersama-sama
dengan murid-murid biasa.

Jenis-Jenis Penempatan
(mengikut hierarki ‘restrictiveness’)
. Kelas Biasa / Guru khas sebagai ‘perunding’
. Guru Itinerant
. Bilik Resos
. Kelas Khas
. Sekolah Khas
. Sekolah Berasrama / Pusat Berasrama

Jenis-Jenis Penempatan
(mengikut hierarki ‘restrictiveness’)
Semakin serius kecacatannya, semakin ‘rendah’
penempatannya dalam hierarki penempatan yang
diberikan.
Semakin ringan kecacatannya, semakin ‘tinggi’
penempatannya dalam hierarki penempatan yang diberikan.

Siapakah Kanak-kanak
Berkeperluan Khas?
… kanak-kanak yang berbeza daripada kanakkanak
biasa’ dalam MANA-MANA MANA-MANA aspek
berikut:
. Ciri-ciri mental;
. Keupayaan deria;
. Ciri-ciri neuromuskular atau fizikal
. Tingkah laku sosial dan emosi;
. Keupayaan komunikasi; atau
. Pelbagai kekurangan
17
SEHINGGA pengubahsuaian pengubahsuaian dan perkhidmatan perkhidmatan
khas khas diperlukan untuk membolehkannya mencapai
kemampuan yang maksimum.
(Kirk, S. A. et al, 1999)

Objektif Utama Pendidikan Khas
Mencegah / mengurangkan kemungkinan
sesuatu ‘disability’ menjadi sesuatu ‘handicap
(to prevent a disability from becoming a
handicap)



Siapakah yang terlibat dalam
Pendidikan Khas?
. Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid
berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih
khas

Akta Bagi Orang Kurang Akta Bagi Orang Kurang
Upaya 2002 Upaya 2002

Akta Bagi Orang Kurang Upaya
2002
Suatu akta untuk dijadikan asas bagi
penyamaan peluang kepada orang kurang
upaya dan untuk mengelakkan diskriminasi
serta gangguan.



Matlamat Akta ini adalah:
. Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia
mempunyai hak yang sama di bawah undangundang
seperti masyarakat lain.
. Untuk menghapuskan, sejauh mana yang
boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab
kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa
aspek hidup.

Matlamat Akta ini adalah:
. Untuk menggalakkan pengiktirafan serta
penerimaan prinsip bahawa OKU diberi peluang
yang sama dan penyertaan sepenuh di
kalangan masyarakat untuk membolehkan
mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di
negara ini.

Definisi
. “Kurang Upaya” bererti penghalangan atau kekurangan
upaya, disebabkan kecacatan, untuk melakukan
sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi
orang biasa.
. “Penyamaan peluang” bererti proses di mana sistem
masyarakat dan persekitaran, umpamanya
perkhidmatan, aktiviti, maklumat dan dokumentasi,
disediakan kepada semua, terutama sekali kepada
mereka yang kurang upaya.



Definisi
. “Kecacatan” bererti sebarang kehilangan atau
abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi atau
bentuk atau fungsi badan.
. “Handicap” bererti kesulitan bagi seseorang
individu, disebabkan kerosakan atau kecacatan,
yang menyekat atau menghalang menjalankan
peranan yang dianggap normal, bergantung
kepada umur, jantina, dan faktor sosial dan
kebudayaan.

Pendidikan
. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua
jenis atau tahap kecacatan harus menerima
pendidikan PERCUMA dalam suasana yang
bersesuaian sehingga umur lapan belas tahun.
. Pendidikan bagi OKU harus termasuk ke dalam
perancangan pendidikan kebangsaan,
perkembangan kurikulum serta organisasi
sekolah

Pendidikan
. Mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya
ke dalam sekolah biasa.
. Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar
kurang upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan
harus:
Mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di
peringkat sekolah & masyarakat umum
Membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambah dan
adaptasi
Menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah
didapati, latihan perguruan yang berterusan

Diskriminasi Pendidikan
Berdasarkan Kecacatan
. Pihak berkuasa pendidikan tidak boleh
mendiskriminasi seseorang atas sebab
kecacatannya:
Dengan menolak atau tidak menerima permohonan
kemasukannya sebagai pelajar




Diskriminasi Pendidikan
Berdasarkan Kecacatan
. Sesebuah badan pendidikan tidak boleh
mendiskriminasikan seorang pelajar atas sebab
kecacatannya:
Dengan tidak memberi atau mengehadkan akses
pelajar kepada sebarang manfaat yang disediakan
oleh badan berkuasa pendidikan;
Dengan dibuang sekolah;
Menyebabkan berlakunya sebarang kerugian kepada
pelajar











Sejarah Perkembangan Sejarah Perkembangan
Pendidikan Khas Di Pendidikan Khas Di
Malaysia Malaysia

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
Program Pendidikan Khas di Malaysia bermula dengan
pembukaan St. Nicholas Home oleh Gereja Anglican di Melaka
pada tahun 1926 bagi mereka yang lumpuh dan sawan.
Pada tahun 1931 St. Nicholas Home berpindah dari Melaka ke
No. 4, Jalan Bagan Jermal, Pulau Pinang.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
SR Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Princess Elizabeth di
Johor Bahru, Johor pada tahun 1948.
Sekolah Kanak-kanak Persekutuan (Rendah & Menengah),
Tanjong Bungah, Pulau Pinang 1954.
Sekolah Khas Ipoh (1966)
Sekolah Khas Sarawak (1972)
Sekolah Khas Melaka (1979)

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1962
• Latihan Perguruan Khas kursus setahun
diadakan di MPIK (bermasalah penglihatan
& bermasalah pendengaran)
• Program percantuman dimulakan di SMK St.
John, Kuala Lumpur.





Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1964
• Unit Khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran
Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah.
• Kementerian Pelajaran mula mengambil alih
beberapa buah sekolah pendidikan khas
sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.
35
Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1971
Pelajar cacat penglihatan di terima masuk di
Universiti Malaya.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1978
SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan)
Setapak, Kuala Lumpur ditubuhkan.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1979
• Laporan Jawatankuasa Kabinet melalui
perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang
membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1986
SK Princess Elizabeth di ambil alih oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
8 Oktober 1987
• Y.B. Menteri Pendidikan membuat keputusan
dasar mengenai pendidikan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran.




Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1988
• Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur menubuhkan Kelas Khas
Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang
pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala
Lumpur.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1991
• Kursus satu tahun bermasalah pembelajaran
bermula di MPIK.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1992
• Pembukaan program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di seluruh
negara secara berperingkat.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1993
MPIK dan UKM bekerjasama menjalankan
Program Berkembar Pendidikan Khas.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1994
Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran perintis di peringkat sekolah
menengah di SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel dan
SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, SMK
Seksyen 9, Shah Alam.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1995
Pendidikan Inklusif bermula bagi bermasalah
pembelajaran.




Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1995
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia ditubuhkan pada 16
Oktober 1995.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
1997
SR Pendidikan Khas St. Nicholas di ambil
alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sepenuhnya dan dipindahkan ke Seberang
Prai dan di beri nama SK Pendidikan Khas
Alma.

Sejarah Perkembangan Pendidikan
Khas Di Malaysia
2001
Jabatan Pendidikan Khas ditubuhkan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.


No comments:

Post a Comment