Friday, October 22, 2010

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Oct 14, 2005 1
Individu (RPI)
Konsep RPI,
Kepentingan,
Penyediaan dan
Pelaksanaannhya.

Definisi dan Konsep
“RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan
pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan
cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi.
Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang
perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk
seseorang murid tersebut.”
(Hallahan dan Kauffman, 1997)

Definisi dan Konsep
“RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian
pelbagai disiplin dan dibina untuk memenuhi keperluankeperluan
individu murid kurang upaya.”
(Bender W.N. 1995)

Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) ialah:
. Satu dokumen bertulis
. Dirancang khusus untuk seseorang murid
. Dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan
segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas
program pembelajaran serta perkhidmatan yang
disediakan






Fungsi RPI
RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk menentukan
kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu
sendiri dan jika perlu, penglibatan Pegawai Pelajaran Daerah,
dan individu dari segi agensi atau khidmat sokongan lain.
6
RPI pada dasarnya adalah satu
pernyataan ringkas tentang:
. Tahap prestasi seseorang murid
. Perancangan yang merangkumi aspek
akademik dan bukan akademik
. Matlamat jangka panjang yang boleh dicapai
oleh murid
. Maklumat yang mengandungi satu siri objektif
yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang
dikenalpasti

RPI pada dasarnya adalah satu
pernyataan ringkas tentang:
. Objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi
menentukan pencapaian murid-murid dalam satu aspek
berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh
murid
. Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan
yang dapat disediakan untuk murid
. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu
murid berkeperluan khas menghadapi cabaran hidup

Ciri-ciri RPI
. Komprehensif
. Mengikut Urutan
. Spesifik
. Mudah Difahami
. Digubal Bersama
. Bersesuaian dan Realistic


Komprehensif
. Merangkumi pelbagai bidang
Komunikasi
Tingkahlaku
Sosial alam sekeliling
Pravokasional / vokasional
Kemahiran amali untuk berdikari
Rekreasi dan daya kreatif
Nilai dan kerohanian

Mengikut Urutan
RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan
kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.
11
Spesifik
Matlamat dan objektif RPI ditulis dalam bentuk
kemahiran tingkah laku yang boleh dibuat
pemerhatian dan ianya boleh diukur.

Mudah Difahami
RPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya
senang difahami oleh semua pihak yang terlibat.

Digubal Bersama
RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah
dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid,
ibu bapa, guru, golongan professional, dan
kumpulan pelbagai disiplin yang berkenaan.
14
Bersesuaian dan Realistik
Matlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian
dengan tahap kebolehan, keupayaan dan juga
kadar perkembangan murid.








Elemen RPI
. Kerjasama
. Berkongsi Maklumat
. Keputusan Bersama
. Kebolehpercayaan
. Dokumentasi
. Proses dan Hasil

Kerjasama
. Bekerja dalam kumpulan merupakan elemen
penting dalam RPI.
. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang
terlibat secara langsung dengan pendidikan dan
kebajikan murid berkenaan.
. Ibu bapa dan guru merupakan orang yang
sangat penting dalam proses ini.

Berkongsi Maklumat
. Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada
maklumat yang dikumpul daripada individu yang
mempunyai hubungan rapat dengan murid.
. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan
menjadi asas kepada keputusan untuk
membina perancangan pendidikan yang akan
dibuat.

Keputusan Bersama
. Ibu bapa dan golongan professional
bekerjasama untuk menyediakan RPI.
. Mereka perlu membuat keputusan bersama
untuk menentukan apa yang diperlukan oleh
murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.




Kebolehpercayaan
. Objektif pengajaran dan prosedur penilaian
perlu diterangkan dalam RPI.
. RPI juga perlu dibuat semakan, pemantauan,
dan penilaian dari semasa ke semasa.

Dokumentasi
. RPI perlu didokumentasikan bagi tujuan rujukan
dan panduan semua pihak.

Proses dan Hasil
. RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi
memastikan program pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk
murid berkenaan.

Proses-proses RPI
. Merujuk pihak yang terlibat seperti
1. Guru Khas
2. Guru mata pelajaran
3. Ibubapa / penjaga
4. Pentadbir sekolah
5. Pengamal perubatan
6. Jurupulih pertuturan

Proses-proses RPI
. Merujuk pihak yang terlibat seperti
1. Jurupulih anggota
2. Jurupulih carakerja
3. Ahli psikologi pendidikan
4. Kaunselor
5. Pihak-pihak lain

Proses-proses RPI
. Mengumpul maklumat
. Mengadakan mesyuarat
. Membina rancangan secara bertulis
. Menjalankan apa yang dirancang
. Menilai pembelajaran yang telah dijalankan




Kepentingan RPI
RPI membolehkan murid mengikut program
pendidikan yang dirancangkan sama ada yang
telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih
berkesan

Kepentingan RPI
Ia bertujuan untuk menyimpan rekod dalam
aspek-aspek berikut:
Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas
kurikulum asal
Perkara yang perlu dipelajari oleh murid
Jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu
digunakan
Penilaian pencapaian kemahiran

Proses RPI memberi pelbagai
kebaikan kepada Murid
. Setiap perancangan pendidikan yang digubal
bertujuan membantu murid dalam proses
pembelajaran
. Memberi peluang untuk terlibat dalam program
pembelajaran yang dirangka
. Menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas

Proses RPI memberi pelbagai
kebaikan kepada Guru
. Menerangkan peranan dan tugas mereka
dengan jelas
. Memberi peluang untuk mendapat maklumat
tentang murid
. Menyediakan forum untuk mendapatkan
pandangan, bantuan resos, sokongan dan
perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan





Proses RPI memberi pelbagai
kebaikan kepada Guru … bersambung
. Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan
amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang
disediakan
. Menyediakan bantuan untuk menyelesaikan masalah
. Mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka
yang berhubungan dengan murid
. Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat
golongan professional

Penyediaan dan Pelaksanaan RPI
Penyediaan RPI memberi peluang kepada
semua pihak yang terlibat dengan murid
berkeperluan khas untuk sama-sama merancang
program yang paling sesuai untuk murid
berkenaan.

Rujukan Pihak Yang Tertentu
. Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang
baik perlu diwujudkan
Antara guru
Antara ibu bapa dan sekolah
Antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan

Pengumpulan Data
. Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan
kekuatan, kelemahan dan keperluan murid yang
boleh membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.

Maklumat dikumpul melalui:
. Borang biodata murid
. Sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan
perkembangan
. Borang kaji selidik akademik
. Ujian diagnostik
. Pemerhatian ke atas murid



Perkara yang perlu diberi perhatian
dalam proses pengumpulan:
. Cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
murid
. Individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan
. Jenis bantuan yang diperlukan dalam proses
mengumpul maklumat
. Sejauh mana penglibatan murid
. Sejauh mana penglibatan ibu bapa
. Sejauh mana penglibatan khidmat sokongan
Maklumat yang terkumpul hendaklah
dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borang
rumusan data awal sebagai panduan semasa
sesi mesyuarat ahli jawatankuasa RPI.
36
Mesyuarat RPI mempunyai dua
fungsi utama
. Aspek Tugasan
. Tanggungjawab

Aspek Tugasan
. Berkongsi maklumat
. Menyediakan matlamat dan objektif
. Menyenaraikan strategi pengajaran
. Membahagikan tugas kepada individu yang
terlibat dalam pengajaran
. Menyediakan kriteria penilaian
. Menetapkan tarikh penilaian / semakan semula

Tanggungjawab
. Pastikan setiap orang berpeluang untuk
mengeluarkan pendapat
. Menerima pendapat dan persepsi daripada
orang lain
. Menghormati setiap orang tanpa mengira
pangkat dan jawatan
39


Tanggungjawab … bersambung
. Wujudkan jawatankuasa
. Mengedar maklumat yang diperolehi kepada
semua ahli yang terlibat
. Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan
oleh Guru Besar atau salah seorang dari Guru
Penolong Kanan di sekolah

Penyediaan RPI
Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI
ialah pendokumentasian. Perlu diingat bahawa
dalam pendokumentasian RPI, tidak ada
format khusus yang harus diikut.
Penulisan RPI perlu mempunyai
komponen-komponen berikut:
. Objektif yang khusus untuk murid
. Strategi pengajaran yang terperinci
. Profesional atau individu yang akan
bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan
. Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif
. Prosedur penilaian yang terperinci
Oct 14, 2005 42
PELAKSANAAN RPI

Pelaksanaan
Dalam peringkat ini, segala resos dan
kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan
dipantau untuk membantu pencapaian
pengajaran guru.






Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian:
. Penyelarasan penggunaanya
. Mengenalpasti individu yang bertanggungjawab
tentang pelaksanaan
. Penyelarasan program
. Bantuan dan sokongan kepada guru
. Pemantauan dan penilaian program

Penilaian
. Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu
dibuat.
. Maklumat tentang pencapaian dan
perkembangan murid dikumpul dan diedarkan
kepada ahli.
. Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan
perkembangan murid perlu dibentang oleh
guru.

Penilaian … bersambung
. Segala maklumat ini perlu dibincang bersama
oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan.
. Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka
untuk mencapai objektif yang dirancang.
. Sekiranya, objektif dan matlamat telah dicapai,
program perancangan yang seterusnya perlu
dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.
Oct 14, 2005 47
PENULISAN RPI PENULISAN RPI

Setiap dokumen RPI harus mengandungi
perkara-perkara berikut:
. Jawatankuasa
. Matlamat
. Pencapaian Murid
. Objektif
. Prosedur dan Kriteria
Penilaian
. Strategi Pengajaran
. Resos
. Orang yang
Bertanggungjawab
. Inklusif
. Catatan



Jawatankuasa
. Guru Besar
. Guru Khas
. Ibubapa
. Para profesional

Matlamat
. Jangka Panjang
. Jangka Pendek

Pencapaian Murid
. Jangka masa untuk mencapai objektif
. Pilih bidang-bidang yang penting sahaja
. Tumpu kepada satu atau dua perkara pada
satu-satu masa
52
Objektif
. Objektif merupakan pencapaian sasaran dalam
jangka masa yang ditetapkan
. Objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan
tepat
. Objektif-objektif hendaklah disenaraikan
menurut keutamaan

Prosedur dan Kriteria Penilaian
. Kriteria penilaian boleh juga dijadikan sebagai
sebahagian daripada objektif

Strategi Pengajaran
. Bahagian ini menentukan murid dapat
mencapai objektif pengajaran
. Perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan
penggubalan RPI


Resos
. Guru perlu memastikan resos ini tersedia pada
waktunya.
. RPI juga perlu menyatakan dengan jelas
objektif yang akan dicapai dan resos yang akan
digunakan
. Bagaimana resos itu dapat digunakan untuk
mencapai objektif berkenaan


Orang yang bertanggungjawab
. Menyatakan individu yang bertanggungjawab
untuk memastikan murid mencapai objektif
pembelajaran
57
Inklusif
. Harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab
mengapa murid-murid berkenaan diinklusifkan
ke kelas biasa

Catatan
. Digunakan untuk ulasan penulis atau pihakpihak
yang berkaitan
. Digunakan sebagai rekod
. Digunakan untuk mencatat penggunaan resos
. Ditulis selepas penilaian dijalankan

No comments:

Post a Comment