Friday, October 22, 2010

Jenis-Jenis Program Pendidikan Khas

Jenis-Jenis Program Pendidikan
Khas
. Sekolah Khas
. Program Integrasi
. Pendidikan Inklusif
. Program Pemulihan Khas
. Bilik Resos


Sekolah Khas
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan
kepada murid-murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran.
Sekolah-sekolah ini ditadbir terus oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Program Integrasi
Program yang disediakan perkhidmatan pendidikan
kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah
arus perdana.
Program Integrasi ini dikendalikan dan menerima
bantuan peruntukan daripada Jabatan Negeri yang
menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif adalah program bagi menempatkan
murid Pendidikan Khas yang telah menguasai
sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran
(akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti suasana
pembelajaran normal.




Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif boleh dijalankan dalam dua bentuk:
Separa Inklusif
Inklusif Sepenuh Masa

Separa Inklusif
. Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk
mata pelajaran tertentu sahaja.
. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas.
. Senarai nama murid pada daftar Pendidikan Khas.
. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing
atau guru pendamping.
. Mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan
murid biasa.


Inklusif Sepenuh Masa
. Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa
seperti murid biasa.
. Senarai nama kekal dalam daftar Pendidikan Khas.
. Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan
daripada guru Pendidikan Khas (guru pendamping)
sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari
segi pembelajaran atau tingkah laku.
. Pelajar pendidikan khas yang layak dari segi
pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk
mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dsb.

Pendidikan Inklusif
Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di
sekolah rendah dan menengah bergantung kepada
laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan
sama ada seseorang murid itu layak atau sebaliknya.



Program Pemulihan Khas
Program pemulihan khas ini adalah untuk murid-murid
pendidikan khas yang memerlukan pemulihan dalam
subjek-subjek atau kemahiran-kemahiran tertentu.

Bilik Resos
Satu tempat yang menyediakan perkhidmatan bagi
murid-murid pendidikan khas yang menghadiri
program integrasi.

Prosedur Kemasukan Murid-Murid
Pendidikan Khas
. Borang Pendaftaran OKU
. Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri
. Isi borang dan buat pemeriksaan
. Kembalikan borang yang lengkap ke JPN
. Proses Penilaian

Prosedur Kemasukan Murid-Murid
Pendidikan Khas
. Temuduga Ibu Bapa
. Tawaran Penempatan
. Tempoh percubaan
. Pengesahan penempatan


14
Struktur Perkhidmatan Pendidikan
Khas
Sekolah Berasrama
Penuh
Kelas Khas Sepenuh Masa
Kelas Biasa Separuh Masa
Kelas Khas Separuh Masa
Kelas biasa dengan perkhidmatan pendidikan sokongan
Kelas biasa dengan perkhidmatan rundingan untuk guru normal
Kelas normal sepenuh masa

Perkhidmatan dan Penempatan
Murid Khas
Tahap 6
Tahap 5
Tahap 4
Tahap 3
Tahap 2
Tahap 1



Perkhidmatan dan Penempatan
Murid Khas
. Tahap 6 – Pusat Penjagaan / Latihan Harian
. Tahap 5 – Kelas Khas Sepenuh Masa
Program Khas dengan Guru Khas
. Tahap 4 – Kelas Khas – separuh masa
Program Khas – guru biasa
. Tahap 3 – Kelas Biasa – guru biasa
Perkhidmatan Guru Khas
. Tahap 2 – Kelas Biasa – Guru Biasa Khidmat
Sokongan dari Guru Khas
. Tahap 1 – Kelas Biasa, Guru Biasa, Kurikulum Biasa

Pendafatran Murid Baru
Pendidikan Khas
. Murid Bermasalah Penglihatan
Sepanjang Tahun
. Murid Bermasalah Pendengaran
Sepanjang Tahun
. Murid Bermasalah Pembelajaran
Awal Tahun

No comments:

Post a Comment