Friday, October 22, 2010

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS




Definisi
. Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk
untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan
penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi
untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif
yang paling berkesan.
(Drucker, 1972)

Definisi Pentadbiran

. Pentadbiran adalah satu proses sosial yang
memusat kepada identifikasi, penyelenggaraan,
pengawalan dan penyertaan sumber-sumber
baik berupa tenaga manusia mahupun bahan
dalam satu sistem yang bersepadu yang
dibentuk untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
(Knezevich, 1975)

Ciri-ciri Pengurusan dan

Pentadbiran Yang Berkesan

. Merancang
. Mengurus
. Keanggotaan
. Mengarah
. Mengawal

 

 

Merancang

Menentukan aliran tindakan
. Unjuran
. Tetapkan Objektif
. Tentukan Strategi
. Program
. Belanjawan
. Tentukan Prosedur
. Penggubalan Dasar

Mengurus

Menyusun dan mengaitkan tugas ke arah
pencapaian objektif
.Tubuhkan Struktur Organisasi
.Tetapkan perhubungan
.Ujudkan diskripsi tugas perjawatan
.Tetapkan kelayakan tugas perjawatan

Keanggotaan

Memilih dan menetapkan tenaga kerja
yang berkelayakan dalam organisasi
. Pemilihan
. Orientasi
. Latihan
. Pembangunan Kerjaya

Mengarah

Menghasilkan tindakan yang perlu untuk
pencapaian objektif yang ditetapkan
. Pengurusan Perubahan
. Pengurusan perbezaan pendapat / konflik
. Penyelarasan
. Dorongan
. Penurunan Kuasa

Mengawal

Menentukan kemajuan ke arah
pencapaian objektif seperti yang
dirancang.
. Ganjaran
. Tindakan pembaikan pembetulan
. Pengukuran pencapaian
. Tetapkan piawaian prestasi
. Wujudkan sistem laporan maklum balas

Misi dan Wawasan Organisasi

Misi Umum Sekolah
. Wawasan masa depan sekolah
. Saiz dan perkembangan
. Matlamat baru
. Kualiti program
. Hasrat masyarakat dan negara

Misi dan Wawasan Organisasi

Rasional dan Perancangan

. Keadaan kini
. Pernyataan masalah
. Apakah yang perlu berubah?
. Bagaimana?
. Bila?

Misi dan Wawasan Organisasi

Penentuan Matlamat dan Objektif

. Kemanakah arah tuju
. Matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara
. Hieraki Penentuan Objektif

Misi dan Wawasan Organisasi

Pengenalpastian Strategi Pelaksanaan
. Apakah tindakan untuk mencapai objektif /
matlamat?
. Adakah cara-cara yang lain?

Misi dan Wawasan Organisasi
Penilaian Tindakan-Tindakan
. Menilai tindakan berasaskan pengalaman,
eksperimen, dan penyelidikan

Misi dan Wawasan Organisasi    
Pemilihan Tindakan
. Apakah tindakan yang paling baik.
. Adakah lebih daripada satu tindakan
diperlukan?
. Mengadakan sesi sumbangsaran dengan staf
dan pemilihan.

Misi dan Wawasan Organisasi
Pengubalan Rancangan
. Penglibatan semua lapisan serta masyarakat
sekolah.
. Rancangan jangka panjang.
. Rancangan jangka pendek.
. Proses untuk mengendalikan projek / program.
. Pengumpulan data

Misi dan Wawasan Organisasi
Pengawalan Proses dan Penetapan Piawai
. Mengawal tindakan dan hasilan untuk menetapi
objektif
. Ukuran piawai ditentukan

Misi dan Wawasan Organisasi
Perancangan semula
. Tindakan pembetulan
. Jika kurang berjaya, rancang semula

Komunikasi

. Komunikasi ialah kegiatan antara dua orang
atau lebih. Kedua-dua pihak bergilir-gilir
bercakap dan bergilir-gilir mendengar.
. Komunikasi yang berkualiti tinggi adalah
komunikasi yang dijalankan berdasarkan
semangat kerjasama.
. Kedua-dua pihak sama-sama faham memahami
apa yang diucapkan oleh satu sama lain.

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

. Kefahaman
Cara kita berkomunikasi berkesan apabila pihak
dihubungi betul-betul faham apa yang
dimaksudkan.

Keseronokan

. Berkomunikasi yang tidak ada mesej yang
khusus tetapi hanya sekadar mencari
keseronokan sahaja.
. Contoh, perbualan di kedai kopi, kantin, majlismajlis
keramaian dan sebagainya.

Pengaruh terhadap sikap

. Salah satu komunikasi ialah boleh
mempengaruhi sikap, nilai dan kepercayaan
orang lain.
. Contoh, di dalam mesyuarat, perbincangan,
perundingan dan taklimat, kita cuba mengubah
sikap dan pendapat orang lain supaya
menerima sikap dan pendapat kita.

Memperbaiki perhubungan

. Memperbaiki perhubungan yang telah tersalah
faham atas mesej yang disampaikan.
. Contoh: tuduh-menuduh, kritik-mengkritik,
membela diri masing-masing.

Wujudnya tindakan susulan

. Ada kalanya kita berkomunikasi kerana kita
mahu supaya ada tindakan susulan dibuat.
. Contoh: seorang jurujual berkomunikasi kerana
dia mahu orang itu membeli apa yang dijual
olehnya.



Ciri-ciri Kepimpinan

. Kepimpinan dalam organisasi menjadi penting
kerana ia sering dikaitkan dengan
keberkesanan dan kecekapan sesebuah
organisasi termasuk sekolah.

Definisi Kepimpinan

Satu proses bagaimanakah seseorang
mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya
dalam mencapai matlamat-matlamat organisasi.

Sumber-sumber pengaruh
pemimpin
. Kuasa Sah
. Kuasa Ganjaran
. Kuasa Paksaan
. Kuasa Pakar
. Kuasa Rujukan

Kuasa Sah

Kuasa ini merujuk kepada pengikut
menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak
yang sah untuk mempengaruhinya dan dia
sendiri mempunyai obligasi untuk menerima
pengaruh itu atas sebab-sebab status atau
jawatannya yang dilantik secara sah oleh pihak
berkuasa yang lebih tinggi.

Kuasa Ganjaran

. Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang
pemimpin memberi ganjaran kepada
pengikutnya.
. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika
sekiranya pengikut mengamati bahawa
pemimpin berupaya memberi ganjaran.
. Contoh: Pengetua / Guru Besar yang boleh
memperakukan kenaikan pangkat guru /
stafnya.

Kuasa Paksaan

. Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin
mengenakan paksaan.
. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia
akan dihukum oleh pemimpin hingga menyebabkan
orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada
dikenakan tindakan yang berupa hukuman.
. Contoh: orang yang melihat pembuangan kerja / ditukar
tempat kerja sebagai sesuaru yang menyeksakan akan
akur kepada permintaan pemimpin.

Kuasa Pakar

. Kuasa ini berasakan kebolehan atau kepakaran
seseorang dalam sesuatu bidang tertentu
sehingga menyebabkan orang bawahannya
patuh kerana percaya bahawa pemimpin
mempunyai pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran konseptual, perhubungan manusia
dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikut
memerlukan kepakarannya.

Kuasa Rujukan (Reference Power)
. Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di
antara yang memiliki kuasa dengan yang mengikutinya.
. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat kerana
pemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia
akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan
pemimpin itu dan melakukan sesuatu bukan kerana
sesuaut tetapi kerana hormat, tertarik dan kagum,
supaya dia diterima oleh pemimpin berkenaan.


1 comment:

  1. where did u get all these notes? any valid references?

    ReplyDelete